MEROKOK BUAT ANDA MURUNG?

Di Malaysia, data daripada Kementerian Kesihatan menunjukkan bahawa lebih kurang 50% daripada lelaki Malaysia adalah perokok. Malah, setiap tahun dianggarkan sebanyak RM1.5 billion telah dibelanjakan untuk membeli rokok di Malaysia! Merokok, seperti mana yang kita semua ketahui, mempunyai kaitan rapat dengan gangguan kesihatan kronik seperti penyakit paru-paru, kanser, jantung serta masalah kesuburan. Namun, tahukah anda bahawa merokok juga mungkin boleh mempengaruhi tahap mental anda?

 

Kita lihat situasi ini. Sudah bertahun-tahun anda merokok, dan selama itulah anda masih merasakan diri anda sihat, cergas serta langsung tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius. Tetapi, pernahkah anda melihat semula ke dalam diri anda, wujudkah gangguan-gangguan lain yang anda alami? Mudah untuk marah? Cepat berasa jengkel? Sukar memberi tumpuan? Jika ya, anda mungkin mengalami simptom-simptom awal kemurungan.

 

 

 

Merokok dan kemurungan

 

Kebelakangan ini banyak kajian mula dijalankan untuk melihat kaitan antara merokok dan kemurungan ini. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hebrew University-Hadassah Braun School of Public Health and Community Medicine di Jerusalem, Israel, dapatan menunjukkan bahawa tabiat merokok memang menyumbang kepada simptom-simptom yang membawa kepada kemurungan. Malah, risikonya untuk mengalami kemurungan ini adalah dua kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok!

 

 

 

Kemungkinan yang membawa kepada kemurungan ini kandungan nikotin dalam rokok tersebut. Bagaimana nikotin ini bertindak? Nikotin yang memasuki badan individu yang merokok boleh menyekat hormon kegembiraan, yang berperanan untuk menjaga keadaan emosi seseorang.

 

Kekurangan dalam neurotransmitter, iaitu tempat penting yang diduduki oleh dopamin, serotonin, endorfin dan antidepresan semulajadi akhirnya memberikan perubatan patologi dalam proses kimia yang berlaku di bahagian otak. Inilah keadaannya yang meninggalkan kesan untuk tindak balas mental, dan seterusnya mengubah ciri karakter seseorang individu. Akibatnya, simptom-simptom seperti gangguan tidur, kurang selera makan menjadi petanda awal ke arah kemurungan.

 

 

Anda boleh berhenti!

Kebanyakan perokok sedar bahawa mereka perlu berhenti merokok, namun masih kurang keyakinan diri serta sokongan daripada persekitaran. Dan kerana itulah, jika tabiat merokok ini ditambah pula dengan gangguan kemurungan, keadaan akan menjadi semakin sukar.

 

Apa yang paling utama untuk memulakan langkah berhenti merokok ini adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar. Ya, doktor anda sentiasa bersedia untuk membantu. Malah, doktor anda juga boleh memberikan anda pelan tindakan yang sesuai dengan keadaan diri agar proses berhenti merokok ini menjadi lebih mudah. Kuatkan semangat dan temui pakar yang mampu membantu anda!

 

 

 

 

Rujukan

Pawlina, M. M. C., Rondina, R. de C., Espinosa, M. M., & Botelho, C. (2014). Dependência nicotínica e níveis de depressão e ansiedade em fumantes em processo de cessação. Revista de Psiquiatria Clinica, 41(4), 101–105. https://doi.org/10.1590/0101-60830000000020

Clinical Practice Guidelines: Treatment of Tobacco Use Disorder. (2016). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/Respiratory/CPG_TobacoDisorder.pdf

merokok dan kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to shop