ISU LELAKI: PENJAGAAN KULIT SEWAKTU BERCUKUR

Lelaki dan bercukur bagaikan isi dan kuku. Ya, kita semua tahu bahawa ia adalah suatu kemestian bagi lelaki untuk bercukur hampir setiap hari bagi merapikan wajah mereka. Bercukur secara asasnya adalah mudah, walau bagaimanapun, bercukur dengan bagus tanpa menjejaskan kulit wajah anda memerlukan ketelitian serta teknik yang tepat. Ini kerana, adakalanya proses bercukur ini boleh menyebabkan anda terluka, dan meninggalkan kesan lebam atau kesan kemerahan pada kulit wajah.

Jadi, apa langkah terbaik dalam memastikan kulit wajah ini tidak mengalami sebarang masalah akibat daripada bercukur? Ini ada beberapa tip penting yang boleh dikongsikan.

 

Persediaan sebelum bercukur

Mulakannya dengan mencuci wajah anda. Pembersih wajah sangat membantu kerana ia akan melembutkan protein pada bulu di wajah anda. Pakar dermatologi sendiri mengakui bahawa amalan mencuci wajah ini antara langkah penting yang harus dilakukan sebelum seseorang itu mula bercukur. Biarkan bahan pencuci ini pada wajah anda selama lebih kurang seminit sebelum membilasnya.

Langkah seterusnya adalah meletakkan krim pencukur atau gel. Ada satu tip penting yang ditekankan oleh pakar dermatologi sewaktu meletakkan krim pencukur ini. Mereka menyarankan agar berus digunakan untuk meletakkan krim ini pada kulit wajah untuk membantu penyerapan yang lebih efisyen seterusnya memastikan proses bercukur tanpa sebarang kesan pada kulit.

Pemilihan alat bercukur sebelum proses ini juga adalah sangat penting. Kebanyakan lelaki hari ini lebih gemar pencukur elektronik berbanding pisau cukur biasa. Bagi mereka yang menggunakan pisau cukur biasa, adalah penting untuk mereka menjaga kebersihan pisau cukur tersebut. Berapa kerap pula anda harus menukar mata pisau cukur ini? Pakar menyarankan untuk menukarkannya seberapa kerap yang boleh bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya.

 

Sewaktu bercukur

Satu tip penting dalam teknik bercukur yang baik adalah memastikan kulit wajah sentiasa lembap dan hangat. Disebabkan inilah ada pakar yang mengatakan adalah lebih baik untuk bercukur sebaik sahaja seseorang itu selesai mandi. Kebiasaannya, di kedai-kedai gunting yang menawarkan khidmat bercukur, mereka akan meletakkan sehelai tuala suam dan lembap di atas kulit wajah sebelum memulakan proses bercukur. Selepas bercukur, bilas wajah anda menggunakan air sejuk bagi mengelakkan sebarang kesan keradangan pada kulit.

Anda juga sebenarnya mempunyai pilihan untuk berkunjung ke kedai gunting profesional bagi mendapatkan khidmat bercukur yang lebih sempurna. Ambil sedikit masa dan biarkan mereka melakukannya untuk anda.

 

Rujukan

How to shave your face: face shaving tips for men. https://gillette.com/en-us/shaving-tips/how-to-shave/how-to-shave-your-face

 

McMillen, M. (2012). What men don’t know about shaving. https://www.webmd.com/men/features/mens-shaving-tips

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to shop