YA, LELAKI JUGA PERLUKAN MULTIVITAMIN!

 

Multivitamin, mendengarnya sahaja mungkin membuatkan ramai lelaki menggelengkan kepala. Mengambil vitamin kadangkala dianggap sedikit menyusahkan bagi lelaki. Vitamin A, B-kompleks, vitamin C, Omega-3 dan pelbagai jenis vitamin lain yang pastinya tidak ingin mereka ingati.

Tetapi, hakikatnya, seperti wanita, lelaki juga perlu mengambil multivitamin! Pengambilan multivitamin ini adalah jalan terbaik untuk menampung mana-mana kekurangan dalam aspek nutrisi. Terutamanya bagi lelaki yang sudah tentunya melakukan aktiviti fizikal serta kegiatan harian yang jauh lebih memerlukan tenaga berbanding wanita.

 

 

Ada banyak kajian yang telah dijalankan tentang kebaikan serta faedah mengambil multivitamin ini. Bukti-bukti kajian telah menunjukkan bahawa tabiat pengambilan multivitamin secara konsisten boleh membantu mencegah banyak penyakit, seperti kanser. Fakta kajian daripada Physician’s Health Study II, melalui kajian randomised controlled trial mereka yang dijalankan terhadap hampir 15 ribu ahli perubatan lelaki telah membuktikan bahawa pengambilan suplemen multivitamin secara harian boleh mengurangkan risiko kanser.

 

Kenapa Multivitamin?

 

Kita fikir, ia adalah sudah memadai untuk mendapatkan segala nutrien yang diperlukan oleh badan melalui pemakanan yang betul. Tetapi, fikirkan  semula. Tidak semua individu mampu mengambil 100 peratus keperluan vitamin mereka hanya melalui pemakanan! Tambahan pula, dengan diet rakyat Malaysia yang mengandungi begitu banyak rempah ratus, santan serta bahan perasa, ia adalah agak mustahil untuk mencapai nilai optimum bagi pengambilan vitamin seseorang individu.

 

Multivitamin ini ibarat satu polisi insurans yang hebat untuk anda, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang berkerjaya. Multivitamin mengandungi semua nutrien utama yang membantu lelaki untuk meningkatkan tahap imuniti, mencegah sebarang keradangan dan mengekalkan badan untuk sentiasa cergas serta bertenaga sepanjang melakukan aktiviti harian.

 

Keperluan nutrien seorang lelaki adalah berbeza berbanding wanita, malah jika dilihat dalam jumlah saranan pengambilan vitamin, kuantitinya adalah berbeza di antara lelaki dan perempuan. Ia bergantung kepada tahap kesihatan serta usia seseorang lelaki tersebut. Sebagai contohnya, lelaki dewasa memerlukan lebih banyak zinc, kerana itu merupakan kunci utama untuk kesihatan prostat mereka.

 

Jadi, apa multivitamin yang penting bagi lelaki? Ini adalah senarainya.

 

  1. Vitamin A – untuk kesihatan kulit, mata dan sistem imunisasi badan
  2. Vitamin B/B-complex – membantu metabolisme tenaga dan penghasilan sel darah merah
  3. Vitamin C – sumber penting untuk sistem imun badan dan untuk penghasilan kolagen
  4. Vitamin E dan selenium – membantu membaiki sel-sel yang rosak
  5. Kalsium, magnesium, vitamin D, vitamin K dan zinc – gabungan komponen utama dalam membantu kesihatan tulang

Walau bagaimanapun, langkah terbaik yang boleh anda lakukan sebelum mula mengambil sebarang multivitamin adalah untuk bertanya dan meminta nasihat daripada doktor anda. Beberapa persoalan yang boleh anda tanyakan kepada doktor adalah:

  • Adakah anda benar-benar memerlukan multivitamin?
  • Semak semula diet pemakanan anda. Adakah anda mengambil makanan yang seimbang atau tidak?
  • Berapa dos yang sesuai untuk anda ambil bagi vitamin tertentu, contohnya seperti vitamin A dan E.

 

 

 

 

 

 

Rujukan

Blumberg, J. B., Bailey, R. L., Sesso, H. D., & Ulrich, C. M. (2018). The evolving role of multivitamin/multimineral supplement use among adults in the age of personalized nutrition. Nutrients, 10(2).

Produk Suplemen:Vitamin. (2020). Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from: http://www.myhealth.gov.my/produk-suplemen-vitamin/

 

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin

Related articles

0
    0
    Your Cart
    Your cart is emptyReturn to shop